Objektif Pertama
Objektif utama adalah menubuh, melengkap serta menyelenggarakan Perpustakaan Awam Kedah.
Objektif Ke-2
Menyelenggara dan menggalakkan bacaan terutama sekali dalam Bahasa kebangsaan.
Objektif Ke-3
Menyelenggara dan menggalakkan kegunaan buku-buku rujukan di Perpustakaan Awam dan bagi meminjamnya dengan syarat dijaga supaya jangan rosak atau hilang.
Objektif Ke-4
Mendapatkan kutipan buku-buku yang bersangkutan dengan atau yang diterbitkan di dalam negeri dengan banyaknya.
Objektif Ke-5
Mendapat dan menyediakan keterangan pusat di atas punca dan perkhidmatan perpustakaan dalam negeri bagi pihak Perpustakaan Negara.
Objektif Ke-6
Menjadi agen untuk menganjurkan pinjaman dan pertukaran buku pada peringkat antara negeri dan antara Perpustakaan Awam dan Perpustakaan Negara.
Objektif Ke-7
Bagi menyediakan bahan-bahan rujukan, daftar buku dan perkhidmatan pinjaman dari Perpustakaan Awam kepeda jabatan-jabatan Kerajaan dan Dewan Undangan Negeri.
Objektif Ke-8
Membuat kerja-kerja lain yang perlu bagi menjalankan atau mengerjakan kesemua atau mana-mana maksud enakmen ini.