Salam Sejahtera,
Bersyukur saya kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah berjaya menghasilkan laman web rasmi. Terlebih dahulu tahniah dan syabas diucapkan kepada AJK laman web Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah kerana telah berusaha untuk membangunkan dan mengemaskini laman web ini selaras dengan maklumat terkini.
Perpustakaan adalah sebuah institusi yang paling penting dalam kehidupan manusia.
Ini kerana di sinilah terletaknya berjuta naskah penulisan manusia dan ilmu pengetahuan. Tanpa perpustakaan bagaimana orang ingin mendapatkan buku tanpa perlu dibeli. Penjurusan modal insan yang baik perlulah dibuat melalui ilmu dan bimbingan mendapatkan maklumat yang boleh diperolehi di perpustakaan. Sejarah perpustakaan membuktikan kepada kita kepentingannya sebagai pusat penyimpanan tamadun Islam. Perpustakaan mencerminkan keadaan sosio ekonomi dan taraf pendidikan negara dan masyarakat di mana ia berada.
Perpustakaan mencerminkan keadaan sosio ekonomi dan taraf pendidikan negara dan masyarakat di mana ia berada.
Negara dan masyarakat yang bertamadun dan memiliki budaya ilmu menghargai ilmu pengetahuan dan ini diterjemahkan kepada pembangunan perpustakaan yang menyimpan bahan-bahan ilmu. Sehubungan dengan itu, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah sentiasa cuba memperbaiki setiap perkhidmatan yang disediakan agar dapat memenuhi keperluan masyarakat seluruhnya.
Justeru, penerbitan laman web ini adalah untuk memaparkan dan mendedahkan maklumat semasa berkaitan dengan perpustakaan agar ia dapat menjadi sebahagian sumber maklumat serta sebagai bahan rujukan penting yang boleh dikongsi bersama dan dapat memberi input yang berguna kepada semua pelayar laman web ini.
Selaku Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, saya mengucapkan “Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah”.
Sekian, salam hormat.
Tuan Mohd Firdaus bin Ahmad
Yang berhormat,
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah,
Merangkap Pengerusi,
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.