- Tidak dibenarkan makan, minum, merokok, meludah, tidur dan menconteng di dalam perpustakaan.
- Tidak dibenarkan membuat bising hingga mengganggu ketenteraman pengguna lain.
- Tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam perpustakaan tanpa mendapat kebenaran pegawai yang bertugas.
- Pengguna hendaklah membuang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan.
- Tidak dibenarkan mengubah susun atur perabut atau peralatan di perpustakaan.
- Bahan-bahan daripada Bahagian Rujukan di Aras 1 tidak dibenarkan dibawa turun atau sebaliknya melainkan dengan kebenaran pegawai yang bertugas.
- Tidak dibenarkan membawa masuk beg, fail, buku, majalah, kertas nota, bahan berjilid, payung, topi keledar, pisau, gunting dan benda-benda tajam yang lain dan sebagainya. Para pengguna dikehendaki meninggalkannya ditempat simpanan yang disediakan.
- Pihak PPAK tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan barang-barang tersebut. Sebarang kerosakan atau kehilangan adalah tanggungjawab sendiri.
- Haiwan peliharaan tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk ke dalam perpustakaan.
- Bunyi isyarat akan dibunyikan 15 minit sebelum masa tutup dan semua pengguna dikehendaki meninggalkan perpustakaan.
- Jangan berebut-rebut semasa hendak masuk atau keluar dari perpustakaan.
- Menempah tempat duduk tidak dibenarkan dan sebarang buku atau alat yang ditinggalkan di atas meja atau kerusi akan dipungut oleh kakitangan.
- Perbuatan tidak senonoh atau sumbang adalah dilarang sama sekali di dalam perpustakaan.
- Ketika hendak meninggalkan perpustakaan, semua pengguna dikehendaki menunjukkan buku atau bahan yang dibawa keluar untuk pemeriksaan.
- Pengguna tidak dibenarkan masuk ke tempat yang dilarang atau yang bernotis “Untuk Kakitangan Sahaja”.
- Tidak dibenarkan merosak alatan perpustakaan dengan cara menconteng, menggores, mengotorkan atau dengan apa cara sekalipun.
- Pegawai perpustakaan bertugas berhak untuk mengarahkan pengguna yang tidak mengikut peraturan keluar dari perpustakaan.
- Ibu bapa/penjaga hendaklah mengawal anak-anak mereka dari membuat bising atau mengganggu ketenteraman pengguna lain.
- Sila pastikan anda mengikut sahsiah rupa diri yang ditetapkan. Kakitangan PPAK berhak menghalang anda yang tidak mematuhi etika tersebut dari masuk ke perpustakaan.
- Ikutilah dan patuhi arahan PPAK dari masa ke semasa.
Hubungi Kami
Perbadanan Perpustakaan
Awam Kedah (PPAK),
Jalan Kolam Air,
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
(+60) 04-733 3592 / 731 4695
(+60) 04-732 3660 (Faksimili)
Statistik Portal












Your IP Address : 3.235.108.188
Server Time : 2021-03-03
Pautan Penting
Waktu Operasi
- Ahad - Khamis: 9.00pg - 6.00ptg
- Sabtu: 9.30pg - 6.00ptg
- Jumaat & Hari Kelepasan Am:Tutup
Support email is available 24 Hours a day: info@kedahlib.gov.my
