Peraturan Pinjaman

Had Pinjaman
  • Ahli dewasa boleh meminjam: 8 x Buku, 2 x Majalah & 1 x Bahan Media.
  • Ahli kanak-kanak boleh meminjam: 8 x Buku sahaja.
Tempoh pinjaman
  • 3 minggu / 21 hari.
Untuk membuat pinjaman
  • Setiap ahli dikehendaki membawa myKad/myKid/kad Pengenalan Diri bersama mereka.
  • Tanpa kad tersebut, pinjaman tidak boleh dilakukan.
Jenis buku yang boleh dipinjam
  • Hanya buku-buku di bahgaian pinjaman umum sahaja yang boleh dipinjamkan kepada ahli.
  • Buku-buku dan bahan-bahan rujukan bertanda “R” atau “RK” atau “RLCK” berlabel hijau, kuning, merah, dan sebagainya tidak dibenarkan untuk dipinjam.
Memperbaharui tempoh pinjaman buku
  • Ahli juga boleh memperbaharui tempoh pinjaman buku sebanyak SATU kali dengan syarat tidak ada ahli lain yang membuat tempahan untuk membuat pinjaman.
Memperbaharui tempoh pinjaman
  • Pembaharuan pinjaman boleh dibuat sekali melalui telefon atau di kaunter perpustakaan dengan syarat tidak lewat atau pada tarikh pemulangan buku.
Denda
  • Seorang ahli yang tidak memulangkan buku yang dipinjam lebih dari tempoh akan dikenakan denda.
  • Denda yang dikenakan adalah mengikut jumlah buku dan hari lewat pemulangan (cuti umum tidak diambilkira).
Kadar denda yang akan dikenakan
  • 1 x Buku = RM0.10 / sehari
  • 1 x Majalah = RM0.10 / sehari
  • 1 x bahan media = RM0.50 / sehari.
Nota

*Denda maksima pada kadar RM10.00 dikenakan apabila tempoh lewat pemulangan pada atau melebihi 100 hari bagi sesebuah buku / majalah / bahan media.

Gagal memulangkan pinjaman / membayar denda
  • Ahli yang tidak memulangkan buku atau ingkar untuk membayar denda akan ditahan pinjamannya atau dibatalkan keahlian.
Tanggungjawab Peminjam
  • Ahli yang meminjam buku adalah bertanggungjawab terhadap buku yang dipinjamkan dari koyak, kotor, rosak, conteng dan kehilangan.
Kehilangan Bahan Pinjaman
  • Jika berlaku kehilangan buku, ahli perlu melaporkan kepada kakitangan yang bertugas dikaunter dengan segera.
  • Denda dikenakan mengikut kadar harga buku tersebut seperti yang diperolehi oleh perpustakaan.
Hilang & Tamat Tempoh
  • Jika berlaku kehilangan buku dan lewat pemulangan, bayaran dikenakan mengikut kedua-duanya sekali.
Bayaran Denda
  • Setiap pembayaran denda adalah diperakukan dengan pengeluaran resit.
Batal Keahlian
  • Pihak perpustakaan berhak membatalkan keahlian seseorang ahli yang tidak mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.