Nota Tambahan (Terkini)

  • Norma baharu yang telah ditetapkan adalah pemakaian pelitup separuh muka. Setiap pengunjung Perpustakaan diWAJIBkan memakai pelitup muka bagi mencegah penularan wabak Covid-19.
  • Pengunjung Perpustakaan yang tidak memakai pelitup separuh muka tidak akan dibenarkan masuk ke dalam bangunan Perpustakaan oleh pengawal-pengawal keselamatan PPAK.
  • Mengekalkan penjarakan 1M di antara satu sama lain.
Singlet / baju tanpa lengan
  • Bagi pengguna lelaki dan perempuan dewasa. Kanak-kanak juga dinasihatkan supaya berpakaian kemas.
  • Baju tidurSebarang jenis pakaian / baju tidur sama sekali tidak dibenarkan.
Seluar pendek
  • Bagi pengguna dewasa, lelaki dan perempuan.
Skirt pendek
  • Bagi pengguna dewasa perempuan. Namun, skirt labuh ke paras kaki / buku lali adalah dibenarkan.
Seluar ketat
  • Sebarang jenis seluar ketat (menampakan susuk tubuh badan / kaki) kepada pengguna lelaki dan perempuan, tidak dibenarkan.
  • Seluar denim / jeans biasa tidak digalakkan.
  • Seluar ‘slack’ amat digalakkan.
Memakai selipar
  • Pemakaian selipar ke dalam perpustakaan tidak dibenarkan sama sekali.
Memakai topi
  • Topi, pengikat kepala, bagi pengguna lelaki tidak dibenarkan.
Tongkat
  • Melainkan tongkat / alat bantuan berjalan bagi mereka yang mempunyai masalah kaki / disyorkan pihak perubatan, pengguna tidak dibenarkan membawa masuk sebarang jenis tongkat / alat bantuan berjalan.
Kamera
  • Sebarang jenis kamera dan penggunaannya semasa berada di dalam perpustakaan tidak dibenarkan sama sekali.
Perakam Video / Kaset
  • Penggunaan perakam video / kaset bagi tujuan tertentu mestilah mendapat kebenaran daripada pihak PPAK terlebih dahulu.
Alat Permainan Video
  • Kanak-kanak dinasihatkan supaya tidak membawa bersama mereka sebarang jenis alat permainan video mudah alih.
Telefon Mudah Alih / Bimbit
  • Pengguna dilarang menggunakan telefon mudah alih / bimbit untuk membuat / menerima panggilan; sebarang aktiviti lain melibatkan alat tersebut hanya dibenarkan apabila alat tersebut berada dalam mod ‘Silent’ sahaja.
  • Pegawai Perpustakaan yang bertugas berhak menghalang pengguna yang tidak mematuhi etika yang telah ditetapkan dari masuk ke perpustakaan.
  • Anda juga dikehendaki menjaga sahsiah rupa diri seperti berambut yang terlalu panjang (lelaki), memakai ikat kepala, paras rupa yang tidak terurus dan sebagainya pada pandangan Pegawai Perpustakaan tidak sesuai masuk ke dalam perpustakaan.