Kelab Sinar Pintar Bayan Budiman

Selaras dengan hasrat Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah untuk membudayakan masyarakat supaya cintakan ilmu pengetahuan melalui pembacaan sepanjang hayat, disamping berusaha meningkatkan minat membaca di kalangan rakyat supaya terhasil satu tradisi ilmu yang berterusan, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Kelab Membaca Sinar Pintar Bayan Budiman.

OBJEKTIF

  • Untuk memperkenalkan kepada kanak-kanak dengan perkhidmatan yang ada di PPAK.
  • Mendedahkan kanak-kanak dengan aktiviti yang dijalankan di PPAK.
  • Untuk menarik minat kanak-kanak mengunjungi perpustakaan bersama keluarga.
  • Untuk menanam minat dan memupuk sikap suka membaca di kalangan kanak-kanak.
  • Mencetus budaya membaca sebagai satu gaya hidup.
  • Untuk menggalakkan dan memberi peluang kepada kanak-kanak menonjolkan bakat.
  • Berusaha membantu keluarga membentuk keyakinan diri kanak-kanak.

SYARAT PERMOHONAN MENJADI AHLI

  • Pemohon mestilah berumur 12 tahun ke bawah.
  • 1 keping gambar berukuran pasport*.
  • Salinan sijil kelahiran*.

*Bagi permohonan pendaftaran keahlian PPAK.

BAYARAN UNTUK PROSES PERMOHONAN

  • RM16.00 – Keahlian Keluarga (Ibu bapa telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan).
  • RM10.00 – Ahli Perpustakaan (Telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan).
  • RM20.00 – Bukan Ahli Perpustakaan (Mendapat keahlian percuma selama 1 tahun).

KALENDAR AKTIVITI KELAB
Berikut adalah kalendar aktiviti bagi Kelab Sinar Pintar Bayan Budiman. Untuk kalendar aktiviti keseluruhan PPAK, sila klik di sini.