PERKHIDMATAN > KOLEKSI KEDAH
PENGENALAN
Koleksi Kedah didefinisikan sebagai usaha pengumpulan & pendokumentasian segala bahan-bahan yang diterbit, dicetak, ditulis mengenai Negeri Kedah atau oleh anak Negeri Kedah yang dihimpunkan dalam satu koleksi.
FUNGSI
- Pendokumentasian bahan Koleksi Kedah
- Perkhidmatan rujukan dan penyelidikan bahan Koleksi Kedah
- Membina dan menyelenggara Bahan Koleksi Peribadi
- Menjalankan projek sejarah lisan
- Menyedia dan menyusun bibliografi/indeks bahan Koleksi kedah
JENIS-JENIS KOLEKSI
- Koleksi Tempatan
Menempatkan bahan-bahan rujukan yang merangkumi pelbagai bidang perkara berkaitan Negeri Kedah seperti agama, politik, ekonomi, sastera, sejarah, tokoh dan sebagainya.
- Koleksi Peribadi
Merupakan himpunan koleksi peribadi tokoh-tokoh kelahiran Negeri Kedah. Sehingga kini terdapat 14 koleksi peribadi yang ditempatkan di sini iaitu:
- Koleksi Sejarah Lisan
Rakaman-rakaman dalam bentuk kaset dan transkripsi melalui temubual dengan tokoh-tokoh Negeri kedah. Meriwayatkan sejarah-sejarah yang mungkin tidak dibukukan lagi dengan cara yang sangat menarik. Rakaman ini diterjemah dari bentuk lisan kepada tulisan. - Koleksi Ismail Hussein (KIH)
- Koleksi Abdullah Hussain (KAH)
- Koleksi Dato’ Wan Ibrahim Wan Soloh (KWI)
- Koleksi Salleh Ibrahim (KSI)
- Koleksi Sasterawan Shahnon Ahmad (KSA)
- Koleksi Sharifah Fatimah (KSF)
- Koleksi Azizi Abdullah (KAA)
- Koleksi Ahmad Mokhtar (KAM)
- Koleksi A. Rahmad (KAR)
- Koleksi Halim ‘R’ (KHR)
- Koleksi Dato’ Syeikh Mahmood Naim (KMN)
- Koleksi Affrini Adham (KAF)
- Koleksi Shaidun Shaari (KSS)
- Koleksi Mohd Isa Othman (KMI)
- Koleksi Khas
Bahan Maklumat yang terdapat di dalam koleksi ini bukan mengenai Negeri Kedah. Kebanyakan bahan tersebut terdiri daripada buku dan kertas kerja serta keratan akhbar.
- Koleksi Geneologi/Salasilah
Koleksi ini dianggap istimewa kerana ia menempatkan koleksi salasilah atau jurai keturunan seperti Kesultanan Kedah,Wan Mohamad Saman, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan lain-lain.
- Koleksi Kekal
Menempatkan bahan-bahan seperti buku, laporan dan cenderamata bagi tujuan dokumentasi. Bahan-bahan ini dijaket bagi tujuan pemuliharaan.
- Koleksi Manuskrip dan Nadir
Mengandungi bahan-bahan manuskrip seperti Al-Quran tulisan tangan, kitab-kitab dan buku-buku lama.
- Koleksi Perdana Menteri Malaysia
Mengandungi segala bentuk bahan berkaitan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri’ Mohd Najib bin Tun Razak.
JENIS-JENIS BAHAN
- Buku
- Tesis
- Pita Kaset/CD
- Transkripsi
- Warta Kerajaan Kedah
- Terbitan-terbitan Kerajaan & Badan Berkanun
- Manuskrip
- Bahan-bahan Nadir
- Keratan Akhbar
- Artikel
- Pamplet/Brosur
- Buku Cenderamata
- Biodata Tokoh
- Bibliografi