Media

PERKHIDMATAN > BAHAGIAN MEDIA

PENGENALAN

Bahagian Media terletak di tingkat bawah bangunan perpustakaan. Peranan utama bahagian ini ialah memberi kemudahan kepada ahli-ahli perpustakaan menggunakan dan meminjam bahan media seperti pita video dan cakera padat untuk dimainkan di rumah bagi kegunaan peribadi atau sekeluarga. Tajuk-tajuk pilihan seperti muzik dan filem ada disediakan. Tidak terhad kepada bidang hiburan malah lain-lain tajuk merangkumi keperluan maklumat dan penyelidikan juga boleh dipinjamkan seperti panduan agama, sukan, kebudayaan, dokumentari dan sebagainya kecuali bahan rujukan.

PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN MEDIA

  • Kemudahan untuk ahli media sahaja.
  • Hanya untuk satu (1) jenis / unit bahan sahaja boleh dipinjam.
  • Tempoh pinjaman adalah selama dua (2) minggu sahaja.
  • Pembaharuan tarikh pinjaman tidak dibenarkan.
  • Bertanggungjawab terhadap keselamatan bahan yang dipinjamkan.
  • Denda lewat pemulangan dikenakan sebanyak RM0.50 sehari.
  • Kerosakan atau kehilangan bahan akan dikenakan denda berbayar mengikut harga semasa bahan berkenaan.
  • Pihak PPAK tidak bertanggungjawab terhadap jangkitan virus atau kerosakan kepada perakam peminjam akibat daripada penggunaan bahan yang dipinjamkan.

KOLEKSI BAHAN MEDIA

  1. Pita Video
  2. DVD/VCD/CD
  3. ASTRO
  4. Playaway
  5. Wii Games