Rujukan

PERKHIDMATAN > BAHAGIAN RUJUKAN

PENGENALAN

Bahagian ini terletak di tingkat satu bangunan perpustakaan. Peranan utama bahagian ini ialah membina satu perkhidmatan dan koleksi yang lengkap yang dapat menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan pengguna serta melayani setiap pertanyaan rujukan.

FUNGSI

  • Menyediakan perkhidmatan rujukan dan penasihat pembaca
  • Menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa
  • Menyediakan aktiviti program pendidikan pengguna
  • Menyediakan perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)
  • Menyediakan indeks dan bibliografi

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  1. Perkhidmatan Rujukan Penasihat Pembaca
  2. Perkhidmatan Koleksi Kesedaran Semasa
  3. Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan
  4. Aktiviti Program Pendidikan Pengguna
  5. Penyediaan Indeks dan Bibliografi

KOLEKSI RUJUKAN

  • Koleksi Artikel Pilihan
  • Koleksi Prospektus
  • Koleksi Keratan Akhbar
  • Koleksi Bibliografi
  • Koleksi Risalah/Buletin
  • Koleksi Jurnal
  • Koleksi Majalah Berjilid
  • Koleksi Buku Rujukan
  • Koleksi Laporan Tahunan
  • Koleksi Warta Kerajaan
  • Koleksi Kertas kerja/Seminar/Prosiding
  • Koleksi Buku Statistik dan Perangkaan
  • Koleksi Akta

PERATURAN UMUM

  • Bahan-bahan di Bahagian Rujukan tidak boleh dipinjam dan di bawa keluar dari perpustakaan ini. Ia hanya untuk kegunaan rujukan sahaja.
  • Bahan-bahan rujukan tidak boleh dibawa turun ke tingkat bawah.
  • Pengguna yang ingin merujuk bahan-bahan daripada Koleksi Kesedaran Semasa hendaklah mengisi borang pertanyaan rujukan yang boleh didapati di Kaunter Rujukan terlebih dahulu.
  • Sila pastikan bahan-bahan kesedaran semasa dipulangkan semula ke kaunter rujukan dan borang pertanyaan rujukan ditandatangani setelah selesai membuat rujukan.

SIMBOL YANG DIGUNAKAN

Bahan-bahan yang terdapat di bahagian ini dibahagikan kepada 3 kategori utama dan ianya boleh diketahui menerusi warna dan simbol yang digunakan. warna dan simbol tersebut adalah seperti berikut:

  • Hijau dan bertanda R – Koleksi Rujukan Umum
  • Biru dan bertanda R – Koleksi Kamus dan Istilah
  • Merah dan bertanda R – Koleksi Ensiklopedia