Sewaan Kemudahan PPAK

SEWA DEWAN / AUDITORIUM
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
Jalan Kolam Air, 05100 Alor Setar
Kedah Darul Aman

HARI SEWAAN
Sabtu – Khamis (8.00 pagi – 5.00 petang)
Jumaat & Kelepasan Am (Cuti)

KADAR SEWAAN
RM1,000.00

HUBUNGI
Tel : 04-7333592 / 7314695
Faks : 04-7323660
*Semua Bayaran hendaklah dibuat secarai TUNAI/CEK sahaja.

KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN

  • 1 x Dewan ( Aircond )
  • 2 x Rostrum
  • 1 x Meja Pendaftaran
  • 1 x Meja Hadiah
  • 250 x Kerusi Seminar
  • 1 x Papan Putih + Marker Pen
  • Layar Putih
  • PA Sistem
  • Tempat Letak Kereta (10 Lot)
  • Ruang Iklan
  • Penggunaan Ruang Pantri
  • Khemah + Kerusi (Jamuan Makan)
  • Anjung Ilmu :
    • 1 x Meja Makan VIP
    • 3 x Meja Makan
    • 8 x Kerusi Banquet
    • 30 x Kerusi

* Sewaan Dewan / Auditorium adalah termasuk semua yang diatas.

LAIN-LAIN PERKHIDMATAN SEWA

  • Anjung Ilmu : RM 400 sehari (Maksimum 30 orang)
  • Bilik Mesyuarat PPAK : RM 400 sehari (Maksimum 15 orang)
  • Bilik Mesyuarat Perpustakaan Awam Sg. Petani : RM 400 sehari (Maksimum 30 orang)
  • Bilik Mesyuarat Perpustakaan Awam Kulim : RM 400 sehari (Maksimum 30 orang)
  • Bilik Mesyuarat Perpustakaan Awam Baling : RM 400 sehari (Maksimum 30 orang)
  • Bilik Mesyuarat Perpustakaan Awam Yan : RM 400 sehari (Maksimum 30 orang)
  • Bilik Mesyuarat Perpustakaan Awam Langkawi : RM 400 sehari (Maksimum 30 orang)
  • Lobi Unit Sirkulasi (Semua Cawangan Perpustakaan) : RM 100 sehari
  • LCD Projektor : RM 250 sehari
  • Ruang Iklan : RM 200 seminggu
  • Parkir Kereta – Jumaat & Hari Kelepasan Am sahaja (waktu siang) : RM 100 sehari
  • Parkir Kereta – Jumaat & Hari Kelepasan Am sahaja (wakti malam) : RM 200 sehari

SYARAT-SYARAT KEPADA PENGGUNA

  • Penyewa/pengguna adalah bertanggungjawab akan keselamatan Dewan berkenaan panjang tempoh masa digunakan.
  • Sebarang kerosakan atau kehilangan mana-mana perkakas Dewan yang digunakan adalah menjadi tanggungjawab penyewa/pengguna untuk dibaiki atau diganti.
  • Segala peralatan dan kernudahan yang digunakan hendaklah dijaga dengan baik dan disimpan semula di tempat asal dalam keadaan kemas dan teratur.
  • Perbadanan ini tidak bertanggungjawab atas sebarang kejadian atau kemalangan yang mungkin berlaku semasa penggunaan Dewan tersebut.
  • Penyewa/pengguna Dewan dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dan bersopan semasa berada di dalam Dewan.
  • MAKAN DAN MINUM adalah dilarang di dalam Dewan.
  • MEROKOK adalah dilarang sama sekali di dalam Dewan dan dalam kawasan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
  • Kebenaran ini diberi adalah tertakluk kepada penggunaan Dewan ini oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Jika sekiranya Dewan ini hendak digunakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, maka kebenaran ini akan dibatalkan tanpa sebarang syarat atau bayaran ganti rugi. Walau bagaimanapun, wang deposit akan dikembalikan.
  • Perbadanan ini berhak untuk mengenakan lain-lain syarat tambahan dari semasa ke semasa.
  • Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.