Sirkulasi

PERKHIDMATAN > BAHAGIAN SIRKULASI

 

PENGENALAN

Bahagian Sirkulasi ini terletak di tingkat bawah bangunan perpustakaan dan merupakan penyambut kedatangan para pengguna ke sini. Peranan utama yang dijalankan ialah bertanggungjawab memberi perkhidmatan pendaftaran dan pembaharuan keahlian serta memberi perkhidmatan peminjaman dan pemulangan buku. Bahagian ini menjanjikan perkhidmatan kaunter yang cemerlang dan kakitangan bahagian ini sedia membantu pengguna yang menghadapi kesukaran dalam pencarian bahan dan mengakses maklumat. Aduan pengguna dialu-alukan bagi mengenalpasti ketidakpuasan pengguna agar perkhidmatan yang diberikan dapat dipertingkatkan.

 

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN 

  • Pendaftaran Keahlian
  • Koleksi Pinjaman Dewasa
  • Koleksi Pinjaman dan Rujukan Kanak-Kanak
  • Kempen/Promosi Keahlian
  • Akhbar Harian
  • Majalah Pinjaman dan Rujukan
  • Bilik Perbincangan
  • Permainan Dalaman Kanak-Kanak
  • Book Drop/ Peti Serahan Bahan
  • Sudut Kanak-Kanak
  • Sudut Pemeran
  • Aktiviti Cuti Sekolah
  • Bulan Tanpa Denda
  • Peti Cadangan
  • Kelab Sinar Pintar Bayan Budiman
  • Sudut Lincoln Corner – Untuk keterangan lanjut sila layari laman web ini

SYARAT-SYARAT KEAHLIAN

Bagi pemohon berwarganegara Malaysia, permohonan hendaklah disertakan bersama 1 keping gambar berukuran pasport. Pemohon juga dikehendaki membawa MyKad/ MyKid/ Kad Pengenalan semasa membuat permohonan.

Kategori Warganegara
Yuran
Kelayakan
Pendaftaran Tahunan
Kanak-kanak Tiada 6.00 12 tahun ke bawah
Remaja / Dewasa Tiada 10.00 13 tahun ke atas
Pesara / Warga Emas Tiada Tiada Kad Pesara / Umur 60 tahun ke atas dan 40 tahun ke atas bagi pesara tentera
Korporat 50.00 Tiada Surat Akuan Jabatan dan seorang penanggungjawab
Orang Kelainan Upaya (OKU) Tiada Tiada Kad OKU
Kelab Sinar Pintar Bayan Budiman 10.00 6.00 12 tahun ke bawah

Bagi pemohon bukan warganegara Malaysia, permohonan hendaklah disertakan bersama 1 salinan passport / kad pengenalan diri semasa membuat permohonan.

Kategori Warganegara
Yuran
Kelayakan
Pendaftaran Tahunan
Kanak-kanak Tiada 6.00 12 tahun ke bawah
Remaja / Dewasa Tiada 10.00 13 tahun ke atas

LAIN-LAIN :

  1. Terbuka kepada semua penduduk di Negeri Kedah dan yang bermastautin di Negeri Kedah.
  1. Tempoh keahlian sah selama setahun dari tarikh pendaftaran. Pembaharuan bagi tempoh setahun berikutnya dikenakan bayaran seperti di dalam jadual di atas.
  1. Pinjaman bahan:

Perpustakaan Alor Setar

    • Dewasa/Remaja :   8 buku, 2 majalah, 1 bahan media
    • Kanak-Kanak :   8 buku sahaja

Perpustakaan Cawangan

    • Dewasa/Remaja :   8 buku, 1 majalah
    • Kanak-Kanak :   8 buku sahaja
  1. Tempoh pinjaman adalah selama 3 minggu. Pembaharuan pinjaman hanya boleh dilakukan sekali sahaja bagi tempoh 3 minggu berikutnya.
  1. Kelewatan pemulangan bahan pinjaman dikenakan denda dengan kadar berikut:
    • Buku – RM 0.10 sehari
    • Majalah – RM 0.10 sehari
    • Bahan Media  – RM 0.50 sehari
  1. Sekiranya terdapat kehilangan / kerosakan bahan pinjaman, kadar bayaran denda dikenakan mengikut harga asal bahan tersebut.
  1. Keahlian Korporat boleh meminjam sebanyak 100 bahan pada setiap kali tempoh pinjaman. Sekiranya berlaku pertukaran penanggungjawab, keahlian tersebut perlu diperakui bersama-sama dengan surat jabatan.