e-Pustaka

PENGENALAN

e-Pustaka merupakan lanjutan daripada Perpustakaan Siber Ilmu yang dilaksanakan oleh pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dalam membangunkan sebuah pusat maklumat yang berorientasikan teknologi maklumat yang diperlukan oleh masyarakat tempatan khususnya rakyat Negeri Kedah Darul Aman.

e-Pustaka ditubuhkan untuk menyediakan infrastruktur maklumat ke arah pembinaan tamadun ilmu dengan aplikasi teknologi yang tinggi agar dapat mendedahkan para pengguna kepada maklumat terkini agar setanding dengan bangsa yang maju.

MISI

Selaras dengan hasrat untuk mendekatkan masyarakat kepada keperluan maklumat, e-Pustaka menyediakan keperluan frasarana yang lengkap berasasklan teknologi terkini untuk keperluan maklumat kepada kakitangan kerajaan, para pelajar serta masyarakat Negeri Kedah khasnya.

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan yang berorientasikan IT sepenuhnya.
  • Melahirkan masyarakat yang celik IT.
  • Mengaplikasikan teknologi tinggi sebagai penjana maklumat dengan efektif dan efisyen.

PERANAN

  • Sebagai sebuah pusat pembelajaran yang berkonsepkan pendidikan berasaskan komputer yang disesuaikan untuk para kakitangan awam, guru-guru dan pelajar sekolah di Negeri Kedah.
  • Sebagai pusat penyebaran maklumat, e-Pustaka memperkenalkan, mempelbagaikan dan meneroka kaedah-kaedah baru serta mengumpul, memproses dan menyebar maklumat mengikut keperluan masa kini dan akan datang.
  • Menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan pengguna.